Assalamualaikum..
Destinasi:
Rumah
Laman Web Menarik Hari Ini:
Pengajaran hari ini:
Bila-bila masa akan mati
Sampai di rumah kira-kira jam 5 petang. Bersiap mandi, packing sedikit barang, makan dan jam 5.30 petang bersiap untuk bertolak. Kira-kira jam 6 petang baru betul-betul bertolak.
Ohh...
Selepas itu, singgah di Stesen shell untuk isi minyak, isi setengah aje sebab tak redha, sebab saya terlepas stesyem minyak Petronas, minyak pula hendak habis.
Jalan seketika, tiba-tiba bunyi tayar meletup. Ohh. Saya mahu mengawal, tapi tidak boleh berhenti, lantas terbabas, terbalik kereta. ALLAH, tidak dapat saya bayangkan keadaan yang lain semasa itu. Blurrrrr.

Saya hanya mampu membuka pintu, padahal saya orang pertama yang boleh keluar. Suara anak-anak sedara sunyi sepi. Saya bertanyakan anak saudara saya Diyanah. Hmm. Risau.
Alhamdulillah, mak keluar dulu, kemudian mak tarik kak ita, anak-anak sedara lain, kedua akhir keluar adik saya, kemudian baru saya.
Blurrr..
Ya ALLAH terkejutnya saya...
Terima kasih ALLAH kerana semuanya selamat..
Terima Kasih ya ALLAH.
Semua selamat, cuma lenguh-lenguh sikit.
Pengajaran.
Walaupun tayar baru ditukar 3 biji baru, satu tayar lama yang elok, tapi perlu jugak recheck jika mahu jalan jauh.
Redha.
Setiap kejadian tentu ada hikmahnya...
Sabar.
Sabar.
Sabar.
Oklah, dokan saya...
Wallahualam.








